Oh!Oh!Suamiku
Rockstar! - Dua
Tok! Tok! Pintu bilik Trish Amani
diketuk beberapa kali.
“ Trish!”
Trish Amani masih lagi nyenyak tidur.
Suara ibunya ternyata langsung tidak mengganggu mimpinya.
“ Trish! Kata nak pergi UUM!” Bulat mata
Trish mendengar kata-kata ibunya itu.
“ Bangun pun!” Puan Nathania Anabel
terus berlalu keluar. Misi menggerakkan Trish Amani dari tidur sudah selesai.
Trish Amani menghela nafas yang berat.
UUM! Haruskah dia ke sana hari ini? Sambil memerhatikan siling bilik tidurnya,
Trish Amani terus membuat pertimbangan. UUM! Kenangan bulan lepas masih lagi
segar bermain di fikirannya. Ketika dia dan MilraTania melepak di McD Alor
Setar.
“ Emergency apa yang lama gila tu?”
Tegur MilraTania bila dia melangkah menghampiri rakan karibnya yang sedang
menikmati McFlurry Oreo. Trish Amani tersengih pada MilraTania.
“ Kau takkan percaya apa yang berlaku
pada aku tadi. Macam berlakon drama je rasanya.” Trish Amani mulai berura mahu
bercerita.
“ Kau jumpa Aaron Aziz tadi?” MilraTania
seakan mahu melompat di situ juga. Trish Amani membulatkan matanya pada
MilraTania.
“ Apalah kau ni. Mana ada.” Jawab Trish
Amani laju.
“ Tak ada Aaron Aziz, bukan la berlakon
drama namanya.” MilraTania membalas dengan wajahnya yang diherotkan mengusik
Trish Amani.
“ Ish… kau ni. Kejap. Sebelum aku
cerita, bagi aku pergi order jap.” Trish Amani terus berlalu pergi ke kaunter
yang berdekatan dengan mereka. MilraTania terus menikmati aiskrimnya yang
hampir cair sambil mendengar lagu Di Alam Fana Cinta yang dipersembahkan dari
pertandingan di luar pusat membeli belah itu. Dia kurang tahu lagu-lagu zaman
90an tapi kebanyakkannya lagu-lagu era itu masih lagi menjadi pilihan band yang
bermain untuk pertandingan-pertandingan juga bagi mereka yang gemar berkaraoke.
“ Kau dengar tak tadi ada satu band main
lagu Daughtry?” Sergah Trish Amani tiba-tiba sambil meletakkan dulang di
hadapan MilraTania. Gadis segera mengangguk laju.
“ Hampir nak samalah suara dia dengan
Daughtry.” Balas MilraTania.
“ Ha… aku ada kejadian yang tidak diingini
dengan mamat yang nyanyi lagu Daughtry tu.” Trish Amani mula mahu bercerita.
Ternyata ayat Trish Amani itu mampu membuatkan MilraTania ternganga
sebesar-besarnya.
“ What?
Apa jadi? Cerita la! Cerita la!” MilraTania terus menggoncang tangan Trish Amani
yang mahu mula menyedut coke ais itu. Sambil tersenyum lebar, Trish Amani mula
menceritakan kejadian yang berlaku tadi. Sesekali terdengar kedua mereka
tergelak besar seolah- olah ada sesuatu yang sangat menggelikan hati mereka.
Sekonyong itu mereka terdengar riuh rendah datang dari pentas pertandingan
Battle of the Band itu. Orang ramai mula bersorak apabila diumumkan
pemenang-pemenang bagi kategori individu.
“ Aku rasa band yang nyanyi lagu
Evanescence tadi akan jadi johan la.” MilraTania memberikan pendapatnya. Trish
Amani menganggukkan kepalanya tanda setuju. Bukan dia tidak berasakan band Aariz
Mikail yang memainkan lagu Daughtry tadi tidak punya peluang untuk menang, cuma
band yang menyanyikan lagu Evanescence tadi lebih menonjol, mantap dan punya
kreativiti yang lain dalam mengubah susunan dram dan gitar. Susunan lagu mereka
juga berbeza. Mereka tidak cedok sebijik – sebijik dari lagu yang asal.
“ Eh, sorry… kau nak mamat Daughtry tu
menang, kan? Okay lah aku tukar pendapat.” Usik MilraTania pada Trish Amani. Trish
Amani hanya mencebik pada MilraTania.
“ Banyak la kau. Aku tak kisah siapa
menang. Cuma sepanjang aku dengar persembahan band yang main tadi, aku rasa
band Mika tu akan dapat tempat.” Trish Amani membalas. MilraTania mengangguk
sambil mencuri French fries dari dulang Trish Amani.
“Trish! Dah mandi belum?” Terkejut Trish
Amani ditegur ibunya dari luar bilik.
“ Ha… dalam proses.” Jawab Trish Amani
perlahan. Dia menghela nafas berat. Sambil dia mencapai tuala dan berura untuk
masuk ke dalam bilik air, sempat dia termenung seketika.
To
go
Not
to go
To
go
Not
to go
Fikiran Trish terus-terus membuat
pertimbangan. Kenapa dia harus pergi? Dia tidak pernah menghadiri
pertandingan-pertandingan muzik seperti itu sebelum ini. Dan dia juga bukan
peminat band Aariz Mikail. Jadi? Hmm… Aariz Mikail….
Pergi sajalah! Bukan rugi apa-apa pun. Tambahan
pula, Trish Amani ingin juga mengetahui samada Aariz Mikail masih lagi menjadi
penyanyi kepada kumpulan itu. Mungkinkah setelah menjadi naib juara di belakang
band yang menyanyikan lagu Bring Me to
Life itu, Aariz Mikail akan terus
menjadi penyanyi kepada bandnya itu?
Dalam memikirkan itu semua, Trish Amani
sudah pun berada di dalam kereta yang dipandu MilraTania. MilraTania sedang
menyanyi kecil mengikut nyanyian Billie Joel dari thumb drive yang dipasang
pada set radio keretanya.Trish Amani yang kebiasaannya akan mengikut untuk menyanyi
sekali langsung tidak memberi respon. Dia masih lagi memikirkan tindakannya
hari ini.
“ Kau okay?” MilraTania akhirnya menegur
rakan baiknya yang dari tadi senyap sunyi. Sudah hampir lima lagu Green Day
dimainkan di dalam kereta itu. Trish Amani menarik nafas panjang. Kemudian dia
berpaling memandang MilraTania yang sedang memberi signal untuk masuk ke
lebuhraya menuju ke UUM.
“ Betul ke apa aku buat ni, Nia?” Hati
Trish Amani rawan memikirkan rasional tindakannya hari ini.
“ Kita nak pergi tengok Battle of the
Band kat UUM. Err… tang mana yang salah tu?” MilraTania sempat tersengih ketika
mengungkapkannya. Dia tahu maksud Trish Amani. Dia sendiri berfikir akan
kelogikan tindakan mereka hari ini. Benar mereka berdua tiada kerja. Baru
selesai pengajian dan masih lagi dalam musim merehatkan diri. Tetapi tiada kerja
bukan bermakna mereka mensia-siakan masa yang ada. Dan bagi MilraTania,
tindakan hari ini adalah untuk menyokong Trish Amani. Dia tahu sahabatnya itu
sukakan Aariz Mikail. Dia tidak pernah lihat Trish Amani beria untuk bertemu
dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini kecuali bekas kekasihnya, Adryan yang
sudah meninggalkannya dua tahun yang lalu. Semenjak itu, Trish Amani langsung
tidak meminati sesiapapun. Jauh sekali untuk menunjukkan tanda-tanda yang dia
mahu untuk dimiliki sesiapa sehinggalah pertemuannya dengan Aariz Mikail.
“ Kau ni… betul-betul la..” Trish Amani
bersuara berat. Entah kenapa semasa diumumkan band Aariz Mikail mendapat tempat
kedua, dia terasa yang dia perlu untuk bertemu dengan Aariz Mikail lagi. Tetapi
hari ini, berbeza pula perasaannya. Terasa hatinya kurang pasti dengan tindakan
mereka hari ini.
“ Rileks la. Kalau tak dapat jumpa dia,
kita balik. Kalau dapat jumpa dia, kau sembang la dengan dia.” MilraTania
langsung tidak berasa apa-apa yang pelik dengan keadaan itu.
“ Err.. kalau dapat jumpa dia, kau
jangan lari mana-mana tau.” Trish Amani masih lagi kedengaran berat seperti
tadi.
“ Eleh! Sudahlah! Bila jumpa Mika tu
nanti, kau dah tak nampak aku dah.” Usik MilraTania. Sebenarnya dia sudah
berjanji dengan rakannya yang kebetulan belajar di UUM untuk bertemu di tapak
pertandingan. Jadi samada wujudnya Aariz Mikail atau tidak, bukanlah satu
masalah bagi MilraTania.
“ Adoi!” Lengan MilraTania dicubit Trish
Amani yang kelihatan malu dan kemerah-merahan.
“ Habis? Kau nak aku menempek kat tepi
korang yang akan bersembang sakan tu?” MilraTania menjelirkan lidah pada Trish
Amani.
“ Kau best friend aku. Itu memang kerja
seorang bestfriend. Menempek di tepi bestfriendnya.” Trish Amani kedengaran
sudah tidak seberat tadi. Dia sudah mula tersengih sedikit. Hatinya sudah tidak
serawan tadi. Benar. Dia hanya mahu menyokong rakan barunya itu bermain muzik.
Kalau disuarakan pendapat itu kepada MilraTania, Trish Amani pasti yang dia
akan diejek lagi. Jadi didiamkan saja pendapat yang kurang bernas itu.
Akhirnya MilraTania sampai ke UUM.
Setelah melalui Changlun tadi, dia terperasan yang Trish Amani terlena.
“ Weh, dah sampai Changlun ni. Ada
ke tidur?” Tegur MilraTania. Trish Amani yang terlena sedikit terkejut. Tetapi
masih lagi tidak mampu untuk membuka mata sepenuhnya.
“ Sampai Sintok sat lagi, kejut na.”
Jawab Trish Amani biasa-biasa. Dengan selamba dia meneruskan tidurnya di dalam
kereta MilraTania yang nyaman dengan hawa dingin yang separa sejuk itu.
“ Ish Trish ni! Sabar je la!”
MilraTania sedikit merungut. Namun dia tidak hairan. Trish Amani memang suka
tidur. Itu salah satu terapi untuk dia tenangkan diri. Di sekolah dulu dia
dipanggil ratu tidur. Di kampus pula status Trish Amani meningkat menjadi
Sleeping Beauty. Sampaikan pensyarah pun kenal gelaran itu.
Ketika MilraTania membuat pusingan yang kedua untuk
mencari tempat parkir kereta di sekitar kawasan Pusat Budaya dan Seni, Trish
Amani sudah menggeliat perlahan. Matanya dikejip-kejip berkali-kali.
“ La… kenapa tak kejut awal-awal?” Soal Trish Amani
tanpa memandang MilraTania. MilraTania mencebik.
“ Kejut dengan tak kejut, sama je.” Balasnya
selamba. Trish Amani tercebik sedikit dengan komen MilraTania itu. Sambil
meraup wajahnya, tiba-tiba mindanya berfungsi sepenuhnya. Aariz Mikail!
Trish Amani
memandang MilraTania dengan perasaan separa hati. Tanpa kata MilraTania
memahami perasaan sahabat baiknya itu.
“ Jangan nak ngada kata nak balik. Dah sampai sini,
kena jumpa dia!” Respon MilraTania dengan selamba. Trish Amani tertawa
berdekah-dekah dengan kata-kata MilraTania itu. Dia tahu dia memang tidak boleh
berpatah balik sekarang. Dia yang
mencari pasal, dia kena tanggung sendiri.
Ketibaan mereka di Pusat Budaya dan Seni itu
disambut dengan suasana yang meriah. Lantang suara pengacara pertandingan
Battle of the Band membuat pengumuman agar band yang seterusnya naik ke pentas
untuk sound check. Dalam masa yang
sama ramai ahli band berpakaian t-shirt hitam dan t-shirt band sibuk bersembang
itu ini sambil membawa instrumen masing-masing. Tetapi bagi Trish Amani, dia
berura untuk ke bilik air. Dia berasakan yang dia perlu mencuci muka setelah
tidur di dalam kereta tadi.
“ Tu la tidur lagi. Kan dah kena make up balik.” Ngomel MilraTania
padanya. Trish Amani hanya tersengih padanya.
“ Nak basuh muka je. Rasa macam tak segar pulak.”
Jawab Trish Amani selamba sambil berjalan menuju ke arah bangunan-bangunan yang
ada di situ.
“ Dulu tidur kat kuliah ke kelas ke, tak ada pun
masalah segar tak segar. Bagus Aariz Mikail ni. Sebab dia, Trish Amani dah ada
kesedaran nak jaga penampilan.” Balas MilraTania sambil menahan gelak. Dia tahu
sebentar lagi Trish Amani akan mencubitnya sebagai protes. Bulat mata Trish
Amani yang baru tersedar dengan komen MilraTania itu. Baru dia tersedar yang
dia bertindak bukan seperti dia yang biasa.
“ Adoi!” MilraTania mengaduh perlahan. Trish Amani
mencebik padanya sambil masuk ke dalam tandas perempuan. Sambil itu dia
tersenyum kecil. MilraTania memang sangat cepat dalam memahami dirinya.
Kadang-kadang dia sendiri tidak sedar akan tindakannya sehinggalah MilraTania
yang memberitahu padanya. Dan sekarang tanpa disebut oleh MilraTania sendiri,
dia tahu hatinya tertarik pada Aariz
Mikail sejak pertemuan mereka yang pertama itu. Jika tidak, takkan mereka
datang ke sini.
Bila Trish Amani keluar dari tandas perempuan, dia
dapati MilraTania sedang bercakap dengan seorang perempuan bertudung ungu muda
dan berkemeja ungu gelap.
“ Ha...Trish. Ni Suzanna. Anak jiran setaman aku.”
MilraTania memperkenalkan rakannya yang belajar di UUM itu pada Trish Amani. Trish
Amani mengangguk perlahan sambil bersalaman dengannya. Seketika mereka
bersembang mengenai pertandingan Battle of the Band selain dari perihal kuliah
dan assignment sambil berjalan menuju ke kawasan pertandingan. Sempat Trish
Amani memanjangkan lehernya mencari kumpulan yang berbaju kemeja merah bertali
leher hitam. Namun dari apa yang dia amati, tiada satu pun band yang mengenakan
pakaian begitu. Hampir kesemuanya ahli band berbaju hitam ataupun berkemeja
kotak-kotak.
“ Jumpa tak?” Soal MilraTania, sedikit
menjerit seakan mahu melawan lagu yang
sedang mula dimainkan oleh band yang berkemeja serba putih bertali leher hitam.
Gaya seperti pelayan di restoran. Trish Amani menggeleng. MilraTania
mengerutkan dahinya. Haruskah mereka pulang sekarang? Garu kepala kedua-dua
gadis itu di waktu band berkemeja putih mula memainkan lagu Here Without You dari 3 Doors Down.
A
hundred days have made me older
Since
the last time that I saw your pretty face
“ Rasanya macam kenal yang jadi MC tu, let me go and ask him.” Suzanna memberi
cadangan kepada mereka berdua. Langsung jiran MilraTania juga tahu mengenai
kisah Trish Amani ini. Malu – malu kucing Trish Amani jadinya. Suzanna berjalan
meninggalkan Trish Amani dan MilraTania berura untuk bertanyakan perihal band
Aariz Mikail kepada juruacara pertandingan itu.
A
thousand lies have made me colder
And
I don’t think I can look at this the same
“ Ais krim vanila!” Terkerut dahi Trish
Amani mendengarkan suara lelaki menjeritkan ais krim. Di tolehnya ke kiri dan
ke kanan, namun tidak dapat dia pastikan arah suara yang mahukan ais krim itu.
MilraTania turut tergelak.
“ Siapa yang nak ais krim waktu ni?”
Tawa MilraTania disambut sengih oleh Trish Amani.
But
all the miles that separate
Disappear
now when I’m dreaming of your face
“ Ais krim vanila!” Kali ini Trish Amani
tersedar yang ais krim vanilla yang diminta itu datang dari pentas di tepinya.
Matanya terus tertangkap seorang lelaki berkemeja putih, bertali leher hitam
dan berkaca mata hitam yang sedang melambai kepadanya dari atas pentas. Aariz
Mikail!.
I’m
here without you, baby
But
you’re still on my lonely mind
Aariz Mikail yang bermain gitar bass
ketika ini menanggalkan kacamata hitam yang dipakainya sambil tersenyum senang
pada Trish Amani.
I
think about you, baby
And
I dream about you all the time
Trish Amani membalas senyuman. Hatinya
berbunga senang. Aariz Mikail masih lagi mengingatinya. Duk! Terkejut Trish
Amani. Tiba – tiba dia terasa disiku orang. MilraTania memandangnya sambil
tersengih.
“ Dia panggil kau ais krim vanila?” Soal
MilraTania sambil terus tergelak besar. Terus Trish Amani menampar bahu
MilraTania dengan geram.
“ Dia mana tau nama aku.” Balas Trish
Amani sedikit memuncung. MilraTania masih lagi tergelak – gelak yang akhirnya
diikuti oleh Trish Amani juga. Langsung dia tidak terfikir itulah nama gelaran
buat dirinya. Ais krim vanila. Kenangan sungguh nama itu.
“ Nia, MC kata band yang tengah sound
check ni yang last. Tak ada band yang pakai kemeja warna merah.” Suzanna baru
kembali memberi laporan terkini.
“ Thanks Su. Jumpa dah. Band atas pentas
ni.” MilraTania menjawab sambil menunjukkan pada band yang berkemeja putih yang
sudah berhenti bermain. Standard sound
check. Nak pastikan bunyi di antara instrumen seimbang. Tak perlu main lagu
sampai habis.
“ Oh, diaorang dah pakai baju putih
pulak.” Tegur Suzanna.
“ Tu yang tak jumpa tadi.” Balas
MilraTania. Trish Amani disebelahnya hanya tersengih. Dia bagaikan hilang ayat
apatah lagi bila Aariz Mikail sedang berjalan ke arah mereka. Bila Aariz Mikail
semakin menghampiri, barulah MilraTania dan Suzanna dapat melihatnya dengan
jelas.
“ Hai! Tak sangka kita jumpa kita kat
sini!” Tegur Aariz Mikail, masih lagi dengan rambut cacaknya yang kemas pendek.
“ Saya datang nak bagi sokongan.” Balas
Trish Amani pendek. Dia cuba untuk mengawal dari terus tersengih tanpa henti.
“ Datang bagi sokongan? Wah! Saya dah
ada peminat!” Usik Aariz Mikail sambil tersenyum nakal. MilraTania dan Suzanna
terus tergelak besar. Nampak sangat Trish Amani terkantoi secara besar-besaran.
“ Saya sokong industri muzik Malaysia. Peminat
muzik Malaysia.” Jawab Trish Amani menjawab dengan tenang, cuba mengawal
perasaannya. Padahal wajahnya merah menahan perasaan yang malu. Jawapan Trish
Amani itu disambut dengan tawa besar oleh mereka semua.
“Peminat muzik Malaysia la sangat.”
Balas MilraTania dengan tawa yang masih bersisa. Trish Amani pula menyiku
MilraTania sambil membulatkan matanya. Jangan
bagi aku kantoi, boleh? Itulah amaran yang diberikan oleh Trish Amani
kepada MilraTania melalui pancaran matanya. Tetapi amaran mata itu langsung
tidak diendahkan oleh MilraTania.
“ Apa kata peminat muzik Malaysia ni
sembang dulu dengan….?” MilraTania bertanyakan perihal Aariz Mikail secara
tidak langsung.
“ Mikail. Panggil Mika je.” Jawab Aariz
Mikail pendek.
“ Oh, MilraTania. Panggil Nia. Ni
Suzanna.” MilraTania mula beramah mesra dengan memperkenalkan dirinya dan
Suzanna. Trish Amani memandang MilraTania kehairanan. Dirinya tidak pula
diperkenalkan kepada Aariz Mikail.
“ Hai Nia. Hai Suzanna.” Balas Aariz
Mikail dengan sopan. MilraTania tersenyum kecil. Dia tahu Trish Amani mesti
berasa sedikit kaget di waktu ini.
“ Okay… apa kata peminat muzik Malaysia
dan Mika sembang-sembang dulu sebab kami dua orang nak pergi balik hostel ambil
barang kejap.” MilraTania mula meminta diri.
“ Korang nak buat apa?” Soal Trish Amani
agak terkejut. Langsung dia tidak menyangka MilraTania akan membiarkan dia
berdua dengan lelaki yang baru ditemui untuk kali kedua itu.
“ Tertinggal hard disk Nia kat hostel.
Nak pulangkan balik sebenarnya.” Jelas Suzanna.
“ Err… aku nak ikut sekali…” Ucap Trish
Amani antara dengar dengan tidak.
“ Kau jangan nak mengada. Dah datang
sini nak jumpa Mika, ada hati pulak nak lari-lari dari dia.” Bebel MilraTania
dengan selamba. Macam nak tersembul mata Trish Amani mendengarkan bebelan
MilraTania.
“ What? Nia!!!” Trish Amani separa
menjerit menepuk lengan rakannya itu agak kuat. Malunya dia Tuhan saja yang
tahu. MilraTania nampaknya langsung tak mahu menyorokkan apa-apa dari
pengetahuan Aariz Mikail. Manakala mereka semua hanya mentertawakan Trish Amani
mendengarkan bebelan MilraTania itu tadi termasuk MilraTania sendiri.
MilraTania sudah malas membiarkan Trish Amani bermain teka-teki. Baik Aariz
Mikail tahu perasaan Trish Amani lebih awal. Senang cerita baginya.
“ Okay, okay. Kalau macam tu, saya dan
peminat muzik Malaysia ni pergi minum kejap kat gerai depan tu sementara korang
pergi ambik barang. Nanti korang join la.” Selamba Aariz Mikail membuat
keputusan untuk mereka.
“ Okay! No problem! Jom Suzanna.” Ajak MilraTania dengan lajunya. Menganga
Trish Amani dengan semua ini. Mindanya bagaikan lambat untuk mentafsir apakah
respon yang sepatutnya dia berikan pada situasi yang kini berada di luar
kawalannya.
“ Emm… peminat muzik Malaysia ni nama
apa? Macam panjang kalau nak panggil macam tu.” Soal Aariz Mikail separa
mengusik ketika MilraTania dan Suzanna mulai beredar.
“ Ais krim vanilla.” Balas MilraTania
yang masih sempat mendengarkan soalan Aariz Mikail itu. Tergelak Aariz Mikail
mendengarkan jawapan MilraTania dari jauh. Trish Amani dari tadi hanya mampu
membulat dan membesarkan matanya saja sebagai respon kepada MilraTania yang
baginya sudah naik minyak dalam sesi mengkantoikan perasaannya kepada lelaki di
hadapannya ini.
“ Panggil vanilla pun tak apa.” Jawab
Trish Amani sambil tersenyum kecil. Dia berasa senang pula dengan panggilan
itu. Baginya panggilan peminat muzik Malaysia itu tidaklah seseronok mana untuk
didengar. Aariz Mikail pula tertawa kecil mendengarkan jawapan Trish Amani itu
sambil berjalan beriringan dengan Trish Amani menuju ke gerai – gerai yang
dibuka untuk pengunjung-pengunjung di situ.
“ Nakal jugak awak ni. Ingatkan Nia tu
nakal dah.” Balas Aariz Mikail. Dia menarik bangku kecil berwarna biru untuk
duduk. Trish Amani yang tersengih mendengarkan komen Aariz Mikail itu turut
sama menarik bangku untuk duduk. Kini dia duduk bertentangan dengan lelaki yang
telah bermain di fikirannya selama sebulan. Entah kenapa otaknya menjadi agak
lambat untuk bereaksi. Mungkin dia berasa masih berada di dalam mimpi.
Ketika itu juga pengacara pertandingan
membuat pengumuman mengenai waktu pertandingan yang akan bermula bila-bila masa
dari sekarang. Trish Amani memandang Aariz Mikail sambil mengangkat keningnya
tanda bertanya.
“ Oh, giliran band kami yang kelima.” Jawab
Aariz Mikail. Trish Amani mengangguk perlahan. Ketika itu mereka dirapati oleh
pembantu gerai yang datang bertanyakan makan dan minum yang mereka ingini.
“ Teh ais.” Jawab Aariz Mikail.
“ Milo ais ya.” Trish Amani menjawab.
“ Makan?” Soal pembantu gerai itu pula.
Kedua mereka menggeleng. Setelah pembantu gerai itu berlalu, Aariz Mikail
memandang Trish Amani tanpa sebarang kata. Trish Amani yang menyedari pandangan
Aariz Mikail tanpa berkelip itu langsung menjadi malu-malu.
“ Saya tak sangka akan jumpa awak lagi.
Lama jugak saya dok menyesal tak mintak nombor telefon atau apa-apa yang boleh
bantu saya contact awak. Thanks for
coming. ”
Mendengarkan
luahan Aariz Mikail yang jujur itu, Trish Amani tersenyum kecil.
“ Kena berterima kasih pada gitaris
Mika. Dia yang beritahu band korang main kat UUM ni.” Jawab Trish Amani
memberanikan diri memanggil Aariz Mikail dengan panggilan itu.
“ Yang mana satu? Kanda ke Aidil?”
Soal Aariz Mikail seolah-olah Trish Amani kenal mereka semua. Trish Amani
tergelak mendengarkan soalan itu.
“ Saya tak tau nama dia tapi dia yang
kurus-kurus tu.” Jawab Trish Amani.
“ Ha… Kanda. Nanti saya belanja dia!”
Jawab Aariz Mikail penuh semangat.
Demi
cintaku demi cintamu
Jangan
biarku terseksa
Hembus
nafasku hembus nafasmu
Adalah
udara yang sama
Kerna
cintaku kerna cintamu
Sememangnya
satu cinta
Takkan
terpisah….
Menganga Trish Amani dan Aariz Mikail yang
dikejutkan dengan lagu yang disampaikan dari kumpulan yang pertama.
“ This
is so impressive….” Ujar Aariz Mikail, agak menganga. Wajah Aariz Mikail
kelihatan kagum dengan kebijaksanaan kumpulan itu menyusun semula lagu Takkan Terpisah dengan menggunakan korus
sebagai intro lagu. Biarpun suara
penyanyi itu tidak sehebat suara Black tapi kumpulan itu bermain mengikut key suara penyanyi itu sendiri. Langsung
dia tidak punya masalah untuk mendendangkan lagu itu.
“ We
are so going to lose…” Ucap Aariz Mikail perlahan. Trish Amani memandang
Aariz Mikail kehairanan. Dan Takkan
Terpisah terus dipersembahkan dengan hebatnya.
Sis, part 2 ni dh okay. Cuma aku rase next time ko kne tmbh skit part monolog trish ngn mika :)
ReplyDelete