Pages

Thursday, 12 September 2013

Oh!Oh!Suamiku Rockstar! - Dua
Tok! Tok! Pintu bilik Trish Amani diketuk beberapa kali.
“ Trish!”
Trish Amani masih lagi nyenyak tidur. Suara ibunya ternyata langsung tidak mengganggu mimpinya.
“ Trish! Kata nak pergi UUM!” Bulat mata Trish mendengar kata-kata ibunya itu.
“ Bangun pun!” Puan Nathania Anabel terus berlalu keluar. Misi menggerakkan Trish Amani dari tidur sudah selesai.
Trish Amani menghela nafas yang berat. UUM! Haruskah dia ke sana hari ini? Sambil memerhatikan siling bilik tidurnya, Trish Amani terus membuat pertimbangan. UUM! Kenangan bulan lepas masih lagi segar bermain di fikirannya. Ketika dia dan MilraTania melepak di McD Alor Setar.
“ Emergency apa yang lama gila tu?” Tegur MilraTania bila dia melangkah menghampiri rakan karibnya yang sedang menikmati McFlurry Oreo. Trish Amani tersengih pada MilraTania.
“ Kau takkan percaya apa yang berlaku pada aku tadi. Macam berlakon drama je rasanya.” Trish Amani mulai berura mahu bercerita.
“ Kau jumpa Aaron Aziz tadi?” MilraTania seakan mahu melompat di situ juga. Trish Amani membulatkan matanya pada MilraTania.
“ Apalah kau ni. Mana ada.” Jawab Trish Amani laju.
“ Tak ada Aaron Aziz, bukan la berlakon drama namanya.” MilraTania membalas dengan wajahnya yang diherotkan mengusik Trish Amani.
“ Ish… kau ni. Kejap. Sebelum aku cerita, bagi aku pergi order jap.” Trish Amani terus berlalu pergi ke kaunter yang berdekatan dengan mereka. MilraTania terus menikmati aiskrimnya yang hampir cair sambil mendengar lagu Di Alam Fana Cinta yang dipersembahkan dari pertandingan di luar pusat membeli belah itu. Dia kurang tahu lagu-lagu zaman 90an tapi kebanyakkannya lagu-lagu era itu masih lagi menjadi pilihan band yang bermain untuk pertandingan-pertandingan juga bagi mereka yang gemar berkaraoke.
“ Kau dengar tak tadi ada satu band main lagu Daughtry?” Sergah Trish Amani tiba-tiba sambil meletakkan dulang di hadapan MilraTania. Gadis segera mengangguk laju.
“ Hampir nak samalah suara dia dengan Daughtry.” Balas MilraTania.
“ Ha… aku ada kejadian yang tidak diingini dengan mamat yang nyanyi lagu Daughtry tu.” Trish Amani mula mahu bercerita. Ternyata ayat Trish Amani itu mampu membuatkan MilraTania ternganga sebesar-besarnya.
What? Apa jadi? Cerita la! Cerita la!” MilraTania terus menggoncang tangan Trish Amani yang mahu mula menyedut coke ais itu. Sambil tersenyum lebar, Trish Amani mula menceritakan kejadian yang berlaku tadi. Sesekali terdengar kedua mereka tergelak besar seolah- olah ada sesuatu yang sangat menggelikan hati mereka. Sekonyong itu mereka terdengar riuh rendah datang dari pentas pertandingan Battle of the Band itu. Orang ramai mula bersorak apabila diumumkan pemenang-pemenang bagi kategori individu.
“ Aku rasa band yang nyanyi lagu Evanescence tadi akan jadi johan la.” MilraTania memberikan pendapatnya. Trish Amani menganggukkan kepalanya tanda setuju. Bukan dia tidak berasakan band Aariz Mikail yang memainkan lagu Daughtry tadi tidak punya peluang untuk menang, cuma band yang menyanyikan lagu Evanescence tadi lebih menonjol, mantap dan punya kreativiti yang lain dalam mengubah susunan dram dan gitar. Susunan lagu mereka juga berbeza. Mereka tidak cedok sebijik – sebijik dari lagu yang asal.
“ Eh, sorry… kau nak mamat Daughtry tu menang, kan? Okay lah aku tukar pendapat.” Usik MilraTania pada Trish Amani. Trish Amani hanya mencebik pada MilraTania.
“ Banyak la kau. Aku tak kisah siapa menang. Cuma sepanjang aku dengar persembahan band yang main tadi, aku rasa band Mika tu akan dapat tempat.” Trish Amani membalas. MilraTania mengangguk sambil mencuri French fries dari dulang Trish Amani.
“Trish! Dah mandi belum?” Terkejut Trish Amani ditegur ibunya dari luar bilik.
“ Ha… dalam proses.” Jawab Trish Amani perlahan. Dia menghela nafas berat. Sambil dia mencapai tuala dan berura untuk masuk ke dalam bilik air, sempat dia termenung seketika.
To go
Not to go
To go
Not to go
Fikiran Trish terus-terus membuat pertimbangan. Kenapa dia harus pergi? Dia tidak pernah menghadiri pertandingan-pertandingan muzik seperti itu sebelum ini. Dan dia juga bukan peminat band Aariz Mikail. Jadi? Hmm… Aariz Mikail….
Pergi sajalah! Bukan rugi apa-apa pun. Tambahan pula, Trish Amani ingin juga mengetahui samada Aariz Mikail masih lagi menjadi penyanyi kepada kumpulan itu. Mungkinkah setelah menjadi naib juara di belakang band yang menyanyikan lagu Bring Me to Life itu, Aariz Mikail akan terus menjadi penyanyi kepada bandnya itu?
Dalam memikirkan itu semua, Trish Amani sudah pun berada di dalam kereta yang dipandu MilraTania. MilraTania sedang menyanyi kecil mengikut nyanyian Billie Joel dari thumb drive yang dipasang pada set radio keretanya.Trish Amani yang kebiasaannya akan mengikut untuk menyanyi sekali langsung tidak memberi respon. Dia masih lagi memikirkan tindakannya hari ini.
“ Kau okay?” MilraTania akhirnya menegur rakan baiknya yang dari tadi senyap sunyi. Sudah hampir lima lagu Green Day dimainkan di dalam kereta itu. Trish Amani menarik nafas panjang. Kemudian dia berpaling memandang MilraTania yang sedang memberi signal untuk masuk ke lebuhraya menuju ke UUM.
“ Betul ke apa aku buat ni, Nia?” Hati Trish Amani rawan memikirkan rasional tindakannya hari ini.
“ Kita nak pergi tengok Battle of the Band kat UUM. Err… tang mana yang salah tu?” MilraTania sempat tersengih ketika mengungkapkannya. Dia tahu maksud Trish Amani. Dia sendiri berfikir akan kelogikan tindakan mereka hari ini. Benar mereka berdua tiada kerja. Baru selesai pengajian dan masih lagi dalam musim merehatkan diri. Tetapi tiada kerja bukan bermakna mereka mensia-siakan masa yang ada. Dan bagi MilraTania, tindakan hari ini adalah untuk menyokong Trish Amani. Dia tahu sahabatnya itu sukakan Aariz Mikail. Dia tidak pernah lihat Trish Amani beria untuk bertemu dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini kecuali bekas kekasihnya, Adryan yang sudah meninggalkannya dua tahun yang lalu. Semenjak itu, Trish Amani langsung tidak meminati sesiapapun. Jauh sekali untuk menunjukkan tanda-tanda yang dia mahu untuk dimiliki sesiapa sehinggalah pertemuannya dengan Aariz Mikail.
“ Kau ni… betul-betul la..” Trish Amani bersuara berat. Entah kenapa semasa diumumkan band Aariz Mikail mendapat tempat kedua, dia terasa yang dia perlu untuk bertemu dengan Aariz Mikail lagi. Tetapi hari ini, berbeza pula perasaannya. Terasa hatinya kurang pasti dengan tindakan mereka hari ini.
“ Rileks la. Kalau tak dapat jumpa dia, kita balik. Kalau dapat jumpa dia, kau sembang la dengan dia.” MilraTania langsung tidak berasa apa-apa yang pelik dengan keadaan itu.
“ Err.. kalau dapat jumpa dia, kau jangan lari mana-mana tau.” Trish Amani masih lagi kedengaran berat seperti tadi.
“ Eleh! Sudahlah! Bila jumpa Mika tu nanti, kau dah tak nampak aku dah.” Usik MilraTania. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan rakannya yang kebetulan belajar di UUM untuk bertemu di tapak pertandingan. Jadi samada wujudnya Aariz Mikail atau tidak, bukanlah satu masalah bagi MilraTania.
“ Adoi!” Lengan MilraTania dicubit Trish Amani yang kelihatan malu dan kemerah-merahan.
“ Habis? Kau nak aku menempek kat tepi korang yang akan bersembang sakan tu?” MilraTania menjelirkan lidah pada Trish Amani.
“ Kau best friend aku. Itu memang kerja seorang bestfriend. Menempek di tepi bestfriendnya.” Trish Amani kedengaran sudah tidak seberat tadi. Dia sudah mula tersengih sedikit. Hatinya sudah tidak serawan tadi. Benar. Dia hanya mahu menyokong rakan barunya itu bermain muzik. Kalau disuarakan pendapat itu kepada MilraTania, Trish Amani pasti yang dia akan diejek lagi. Jadi didiamkan saja pendapat yang kurang bernas itu.
            Akhirnya MilraTania sampai ke UUM. Setelah melalui Changlun tadi, dia terperasan yang Trish Amani terlena.
            “ Weh, dah sampai Changlun ni. Ada ke tidur?” Tegur MilraTania. Trish Amani yang terlena sedikit terkejut. Tetapi masih lagi tidak mampu untuk membuka mata sepenuhnya.
            “ Sampai Sintok sat lagi, kejut na.” Jawab Trish Amani biasa-biasa. Dengan selamba dia meneruskan tidurnya di dalam kereta MilraTania yang nyaman dengan hawa dingin yang separa sejuk itu.
            “ Ish Trish ni! Sabar je la!” MilraTania sedikit merungut. Namun dia tidak hairan. Trish Amani memang suka tidur. Itu salah satu terapi untuk dia tenangkan diri. Di sekolah dulu dia dipanggil ratu tidur. Di kampus pula status Trish Amani meningkat menjadi Sleeping Beauty. Sampaikan pensyarah pun kenal gelaran itu.
Ketika MilraTania membuat pusingan yang kedua untuk mencari tempat parkir kereta di sekitar kawasan Pusat Budaya dan Seni, Trish Amani sudah menggeliat perlahan. Matanya dikejip-kejip berkali-kali.
“ La… kenapa tak kejut awal-awal?” Soal Trish Amani tanpa memandang MilraTania. MilraTania mencebik.
“ Kejut dengan tak kejut, sama je.” Balasnya selamba. Trish Amani tercebik sedikit dengan komen MilraTania itu. Sambil meraup wajahnya, tiba-tiba mindanya berfungsi sepenuhnya. Aariz Mikail!
 Trish Amani memandang MilraTania dengan perasaan separa hati. Tanpa kata MilraTania memahami perasaan sahabat baiknya itu.
“ Jangan nak ngada kata nak balik. Dah sampai sini, kena jumpa dia!” Respon MilraTania dengan selamba. Trish Amani tertawa berdekah-dekah dengan kata-kata MilraTania itu. Dia tahu dia memang tidak boleh berpatah balik sekarang.  Dia yang mencari pasal, dia kena tanggung sendiri.
Ketibaan mereka di Pusat Budaya dan Seni itu disambut dengan suasana yang meriah. Lantang suara pengacara pertandingan Battle of the Band membuat pengumuman agar band yang seterusnya naik ke pentas untuk sound check. Dalam masa yang sama ramai ahli band berpakaian t-shirt hitam dan t-shirt band sibuk bersembang itu ini sambil membawa instrumen masing-masing. Tetapi bagi Trish Amani, dia berura untuk ke bilik air. Dia berasakan yang dia perlu mencuci muka setelah tidur di dalam kereta tadi.
“ Tu la tidur lagi. Kan dah kena make up balik.” Ngomel MilraTania padanya. Trish Amani hanya tersengih padanya.
“ Nak basuh muka je. Rasa macam tak segar pulak.” Jawab Trish Amani selamba sambil berjalan menuju ke arah bangunan-bangunan yang ada di situ.
“ Dulu tidur kat kuliah ke kelas ke, tak ada pun masalah segar tak segar. Bagus Aariz Mikail ni. Sebab dia, Trish Amani dah ada kesedaran nak jaga penampilan.” Balas MilraTania sambil menahan gelak. Dia tahu sebentar lagi Trish Amani akan mencubitnya sebagai protes. Bulat mata Trish Amani yang baru tersedar dengan komen MilraTania itu. Baru dia tersedar yang dia bertindak bukan seperti dia yang biasa.
“ Adoi!” MilraTania mengaduh perlahan. Trish Amani mencebik padanya sambil masuk ke dalam tandas perempuan. Sambil itu dia tersenyum kecil. MilraTania memang sangat cepat dalam memahami dirinya. Kadang-kadang dia sendiri tidak sedar akan tindakannya sehinggalah MilraTania yang memberitahu padanya. Dan sekarang tanpa disebut oleh MilraTania sendiri, dia  tahu hatinya tertarik pada Aariz Mikail sejak pertemuan mereka yang pertama itu. Jika tidak, takkan mereka datang ke sini.
Bila Trish Amani keluar dari tandas perempuan, dia dapati MilraTania sedang bercakap dengan seorang perempuan bertudung ungu muda dan berkemeja ungu gelap.
“ Ha...Trish. Ni Suzanna. Anak jiran setaman aku.” MilraTania memperkenalkan rakannya yang belajar di UUM itu pada Trish Amani. Trish Amani mengangguk perlahan sambil bersalaman dengannya. Seketika mereka bersembang mengenai pertandingan Battle of the Band selain dari perihal kuliah dan assignment sambil berjalan menuju ke kawasan pertandingan. Sempat Trish Amani memanjangkan lehernya mencari kumpulan yang berbaju kemeja merah bertali leher hitam. Namun dari apa yang dia amati, tiada satu pun band yang mengenakan pakaian begitu. Hampir kesemuanya ahli band berbaju hitam ataupun berkemeja kotak-kotak.
“ Jumpa tak?” Soal MilraTania, sedikit menjerit  seakan mahu melawan lagu yang sedang mula dimainkan oleh band yang berkemeja serba putih bertali leher hitam. Gaya seperti pelayan di restoran. Trish Amani menggeleng. MilraTania mengerutkan dahinya. Haruskah mereka pulang sekarang? Garu kepala kedua-dua gadis itu di waktu band berkemeja putih mula memainkan lagu Here Without You dari 3 Doors Down.
A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face
“ Rasanya macam kenal yang jadi MC tu, let me go and ask him.” Suzanna memberi cadangan kepada mereka berdua. Langsung jiran MilraTania juga tahu mengenai kisah Trish Amani ini. Malu – malu kucing Trish Amani jadinya. Suzanna berjalan meninggalkan Trish Amani dan MilraTania berura untuk bertanyakan perihal band Aariz Mikail kepada juruacara pertandingan itu.

A thousand lies have made me colder
And I don’t think I can look at this the same
“ Ais krim vanila!” Terkerut dahi Trish Amani mendengarkan suara lelaki menjeritkan ais krim. Di tolehnya ke kiri dan ke kanan, namun tidak dapat dia pastikan arah suara yang mahukan ais krim itu. MilraTania turut tergelak.
“ Siapa yang nak ais krim waktu ni?” Tawa MilraTania disambut sengih oleh Trish Amani.
But all the miles that separate
Disappear now when I’m dreaming of your face
“ Ais krim vanila!” Kali ini Trish Amani tersedar yang ais krim vanilla yang diminta itu datang dari pentas di tepinya. Matanya terus tertangkap seorang lelaki berkemeja putih, bertali leher hitam dan berkaca mata hitam yang sedang melambai kepadanya dari atas pentas. Aariz Mikail!.
I’m here without you, baby
But you’re still on my lonely mind
Aariz Mikail yang bermain gitar bass ketika ini menanggalkan kacamata hitam yang dipakainya sambil tersenyum senang pada Trish Amani.
I think about you, baby
And I dream about you all the time
 Trish Amani membalas senyuman. Hatinya berbunga senang. Aariz Mikail masih lagi mengingatinya. Duk! Terkejut Trish Amani. Tiba – tiba dia terasa disiku orang. MilraTania memandangnya sambil tersengih.
“ Dia panggil kau ais krim vanila?” Soal MilraTania sambil terus tergelak besar. Terus Trish Amani menampar bahu MilraTania dengan geram.
“ Dia mana tau nama aku.” Balas Trish Amani sedikit memuncung. MilraTania masih lagi tergelak – gelak yang akhirnya diikuti oleh Trish Amani juga. Langsung dia tidak terfikir itulah nama gelaran buat dirinya. Ais krim vanila. Kenangan sungguh nama itu.
“ Nia, MC kata band yang tengah sound check ni yang last. Tak ada band yang pakai kemeja warna merah.” Suzanna baru kembali memberi laporan terkini.
“ Thanks Su. Jumpa dah. Band atas pentas ni.” MilraTania menjawab sambil menunjukkan pada band yang berkemeja putih yang sudah berhenti bermain. Standard sound check. Nak pastikan bunyi di antara instrumen seimbang. Tak perlu main lagu sampai habis.
“ Oh, diaorang dah pakai baju putih pulak.” Tegur Suzanna.
“ Tu yang tak jumpa tadi.” Balas MilraTania. Trish Amani disebelahnya hanya tersengih. Dia bagaikan hilang ayat apatah lagi bila Aariz Mikail sedang berjalan ke arah mereka. Bila Aariz Mikail semakin menghampiri, barulah MilraTania dan Suzanna dapat melihatnya dengan jelas.
“ Hai! Tak sangka kita jumpa kita kat sini!” Tegur Aariz Mikail, masih lagi dengan rambut cacaknya yang kemas pendek.
“ Saya datang nak bagi sokongan.” Balas Trish Amani pendek. Dia cuba untuk mengawal dari terus tersengih tanpa henti.
“ Datang bagi sokongan? Wah! Saya dah ada peminat!” Usik Aariz Mikail sambil tersenyum nakal. MilraTania dan Suzanna terus tergelak besar. Nampak sangat Trish Amani terkantoi secara besar-besaran.
“ Saya sokong industri muzik Malaysia. Peminat muzik Malaysia.” Jawab Trish Amani menjawab dengan tenang, cuba mengawal perasaannya. Padahal wajahnya merah menahan perasaan yang malu. Jawapan Trish Amani itu disambut dengan tawa besar oleh mereka semua.
“Peminat muzik Malaysia la sangat.” Balas MilraTania dengan tawa yang masih bersisa. Trish Amani pula menyiku MilraTania sambil membulatkan matanya. Jangan bagi aku kantoi, boleh? Itulah amaran yang diberikan oleh Trish Amani kepada MilraTania melalui pancaran matanya. Tetapi amaran mata itu langsung tidak diendahkan oleh MilraTania.
“ Apa kata peminat muzik Malaysia ni sembang dulu dengan….?” MilraTania bertanyakan perihal Aariz Mikail secara tidak langsung.
“ Mikail. Panggil Mika je.” Jawab Aariz Mikail pendek.
“ Oh, MilraTania. Panggil Nia. Ni Suzanna.” MilraTania mula beramah mesra dengan memperkenalkan dirinya dan Suzanna. Trish Amani memandang MilraTania kehairanan. Dirinya tidak pula diperkenalkan kepada Aariz Mikail.
“ Hai Nia. Hai Suzanna.” Balas Aariz Mikail dengan sopan. MilraTania tersenyum kecil. Dia tahu Trish Amani mesti berasa sedikit kaget di waktu ini.
“ Okay… apa kata peminat muzik Malaysia dan Mika sembang-sembang dulu sebab kami dua orang nak pergi balik hostel ambil barang kejap.” MilraTania mula meminta diri.
“ Korang nak buat apa?” Soal Trish Amani agak terkejut. Langsung dia tidak menyangka MilraTania akan membiarkan dia berdua dengan lelaki yang baru ditemui untuk kali kedua itu.
“ Tertinggal hard disk Nia kat hostel. Nak pulangkan balik sebenarnya.” Jelas Suzanna.
“ Err… aku nak ikut sekali…” Ucap Trish Amani antara dengar dengan tidak.
“ Kau jangan nak mengada. Dah datang sini nak jumpa Mika, ada hati pulak nak lari-lari dari dia.” Bebel MilraTania dengan selamba. Macam nak tersembul mata Trish Amani mendengarkan bebelan MilraTania.
“ What? Nia!!!” Trish Amani separa menjerit menepuk lengan rakannya itu agak kuat. Malunya dia Tuhan saja yang tahu. MilraTania nampaknya langsung tak mahu menyorokkan apa-apa dari pengetahuan Aariz Mikail. Manakala mereka semua hanya mentertawakan Trish Amani mendengarkan bebelan MilraTania itu tadi termasuk MilraTania sendiri. MilraTania sudah malas membiarkan Trish Amani bermain teka-teki. Baik Aariz Mikail tahu perasaan Trish Amani lebih awal. Senang cerita baginya.
“ Okay, okay. Kalau macam tu, saya dan peminat muzik Malaysia ni pergi minum kejap kat gerai depan tu sementara korang pergi ambik barang. Nanti korang join la.” Selamba Aariz Mikail membuat keputusan untuk mereka.
“ Okay! No problem! Jom Suzanna.” Ajak MilraTania dengan lajunya. Menganga Trish Amani dengan semua ini. Mindanya bagaikan lambat untuk mentafsir apakah respon yang sepatutnya dia berikan pada situasi yang kini berada di luar kawalannya.
“ Emm… peminat muzik Malaysia ni nama apa? Macam panjang kalau nak panggil macam tu.” Soal Aariz Mikail separa mengusik ketika MilraTania dan Suzanna mulai beredar.
“ Ais krim vanilla.” Balas MilraTania yang masih sempat mendengarkan soalan Aariz Mikail itu. Tergelak Aariz Mikail mendengarkan jawapan MilraTania dari jauh. Trish Amani dari tadi hanya mampu membulat dan membesarkan matanya saja sebagai respon kepada MilraTania yang baginya sudah naik minyak dalam sesi mengkantoikan perasaannya kepada lelaki di hadapannya ini.
“ Panggil vanilla pun tak apa.” Jawab Trish Amani sambil tersenyum kecil. Dia berasa senang pula dengan panggilan itu. Baginya panggilan peminat muzik Malaysia itu tidaklah seseronok mana untuk didengar. Aariz Mikail pula tertawa kecil mendengarkan jawapan Trish Amani itu sambil berjalan beriringan dengan Trish Amani menuju ke gerai – gerai yang dibuka untuk pengunjung-pengunjung di situ.
“ Nakal jugak awak ni. Ingatkan Nia tu nakal dah.” Balas Aariz Mikail. Dia menarik bangku kecil berwarna biru untuk duduk. Trish Amani yang tersengih mendengarkan komen Aariz Mikail itu turut sama menarik bangku untuk duduk. Kini dia duduk bertentangan dengan lelaki yang telah bermain di fikirannya selama sebulan. Entah kenapa otaknya menjadi agak lambat untuk bereaksi. Mungkin dia berasa masih berada di dalam mimpi.
Ketika itu juga pengacara pertandingan membuat pengumuman mengenai waktu pertandingan yang akan bermula bila-bila masa dari sekarang. Trish Amani memandang Aariz Mikail sambil mengangkat keningnya tanda bertanya.
“ Oh, giliran band kami yang kelima.” Jawab Aariz Mikail. Trish Amani mengangguk perlahan. Ketika itu mereka dirapati oleh pembantu gerai yang datang bertanyakan makan dan minum yang mereka ingini.
“ Teh ais.” Jawab Aariz Mikail.
“ Milo ais ya.” Trish Amani menjawab.
“ Makan?” Soal pembantu gerai itu pula. Kedua mereka menggeleng. Setelah pembantu gerai itu berlalu, Aariz Mikail memandang Trish Amani tanpa sebarang kata. Trish Amani yang menyedari pandangan Aariz Mikail tanpa berkelip itu langsung menjadi malu-malu.
“ Saya tak sangka akan jumpa awak lagi. Lama jugak saya dok menyesal tak mintak nombor telefon atau apa-apa yang boleh bantu saya contact awak. Thanks for coming. ”
Mendengarkan luahan Aariz Mikail yang jujur itu, Trish Amani tersenyum kecil.
            “ Kena berterima kasih pada gitaris Mika. Dia yang beritahu band korang main kat UUM ni.” Jawab Trish Amani memberanikan diri memanggil Aariz Mikail dengan panggilan itu.
            “ Yang mana satu? Kanda ke Aidil?” Soal Aariz Mikail seolah-olah Trish Amani kenal mereka semua. Trish Amani tergelak mendengarkan soalan itu.
“ Saya tak tau nama dia tapi dia yang kurus-kurus tu.” Jawab Trish Amani.
“ Ha… Kanda. Nanti saya belanja dia!” Jawab Aariz Mikail penuh semangat.
            Demi cintaku demi cintamu
Jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu
Adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu
Sememangnya satu cinta
Takkan terpisah….
Menganga Trish Amani dan Aariz Mikail yang dikejutkan dengan lagu yang disampaikan dari kumpulan yang pertama.
This is so impressive….” Ujar Aariz Mikail, agak menganga. Wajah Aariz Mikail kelihatan kagum dengan kebijaksanaan kumpulan itu menyusun semula lagu Takkan Terpisah dengan menggunakan korus sebagai intro lagu. Biarpun suara penyanyi itu tidak sehebat suara Black tapi kumpulan itu bermain mengikut key suara penyanyi itu sendiri. Langsung dia tidak punya masalah untuk mendendangkan lagu itu.
We are so going to lose…” Ucap Aariz Mikail perlahan. Trish Amani memandang Aariz Mikail kehairanan. Dan Takkan Terpisah terus dipersembahkan dengan hebatnya.







1 comments:

  1. Sis, part 2 ni dh okay. Cuma aku rase next time ko kne tmbh skit part monolog trish ngn mika :)

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About