Pages

Thursday, 12 September 2013

Oh!Oh!Suamiku Rockstar! - Tiga
Aariz Mikail pening. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam satu hari dan dia berasakan otaknya kurang laju untuk menelan semuanya serentak. Dia tidak pasti yang dia harus bergembira atau bersedih kerana semuanya bercampur-campur.
Hatinya sangat gembira kerana gadis yang menjadi igauannya selama sebulan muncul kembali tapi dalam masa yang sama dia berasa sedih kerana kumpulannya gagal mendapat tempat biarpun untuk melepasi kelayakan ke final. Baginya dengan ketiadaan tempat langsung itu adalah satu tamparan yang terlalu hebat memandangkan mereka telah mendapat tempat kedua bulan lepas. Kemudian ditambah pula drama yang panas dengan kehadiran Adra Delisa di tempat kejadian. Aduh! Keluhnya berulang kali. Kenapa semuanya terjadi dalam hari yang sama?
Dan bukan itu saja yang berlaku. Ada pula babak drama yang berlangsung selepas itu ekoran kekalahan mereka untuk ke peringkat akhir itu juga. Hmm… Aariz Mikail menghela nafas berat.
“ Mika, I’m sorry.” Pujuk Trish Amani apabila pengacara pertandingan selesai mengumumkan nama – nama kumpulan yang layak bertanding ke peringkat akhir. Mereka langsung tidak layak. Dia berasa kecewa namun jauh di sudut hatinya ada terdetik yang lagu yang mereka mainkan kali ini tidak cukup kuat untuk meraih kemenangan.
Beberapa minggu sebelum itu mereka sudah membuat latihan beberapa kali dengan memainkan beberapa buah lagu sebelum membuat keputusan untuk memilih lagu  pertandingan. Awalannya Aariz Mikail dan Hafiz Khilfi, pemain dram sangat berminat untuk mempertandingkan dengan lagu Tears Don’t Fall dari Bullet For My Valentine. Setelah beberapa kali jamming lagu tersebut, Shazrul Uzwan, penyanyi mereka merungut akan kesusahan untuk menjerit pada beberapa bahagian lagu tersebut. Dia kemudiannya memberi cadangan lagu yang tenang seperti Here Without You dari 3 Doors Down. 
“ Lagu tu slow sangat. Tak sesuai la untuk pertandingan.” Bantah Aariz Mikail.
“ Untuk persembahan majlis tari – menari boleh la.” Sampuk Hafiz Khilfi pula.
“ Main Hati Emas lagu dari M Nasir, la.” Cadang Aidil Fitri, gitaris kedua band itu.
“ Apa masalahnya dengan Tears Don’t Fall? Suara hang okay la!” Aariz Mikail berkeras mahukan lagu kegemarannya dipertandingkan.
“ Aku jerit tak sampai la. Mana boleh tarik macam Matthew Tuck!” Shazrul Uzwan membantah. Semua orang bercakap serentak dan hanya Iskandar Rushdan, pemain gitar utama yang mendiamkan diri dan memerhatikan mereka semua tanpa sebarang idea untuk mencelah. Sudahnya masing-masing tarik muka masam dan Shazrul Uzwan terus beredar meninggalkan mereka semua apabila Adra Delisa datang menyapa.
Aariz Mikail mengeluh lagi. Kehadiran Adra Delisa sebenarnya menambah luka lagi dalam buatnya. Gadis itu adalah bekas kekasihnya dulu. Dan setelah berpisah dengannya hampir setahun, entah kenapa dia masih tidak punya yang baru. Mungkin kerana Adra Delisa sentiasa hadir di dalam hidupnya saban hari. Apatah lagi Adra Delisa kini adalah milik Shazrul Uzwan.
“ It’s okay, Trish. Cuma… tak sangka tak dapat masuk final..” Luah Aariz Mikail perlahan. MilraTania dan Suzanna hanya memerhatikan mereka dari jauh. Setelah mereka ucapkan beberapa patah kata semangat pada Aariz Mikail tadi, perlahan – lahan mereka beredar dan memberi ruang untuk Aariz Mikail dan Trish Amani bersama.
You guys have done the best that you can.” Pujuk Trish Amani. Aariz Mikail memandang Trish Amani. Entah kenapa hatinya berasa tenang. Sambil menarik nafas dalam - dalam, dia mula berfikir.
To think again, that’s not the best at all.” Aariz Mikail langsung teringat pada pertengkaran mereka tempohari. Hafiz Khilfi bertindak untuk menghentikan ketegangan dengan memujuk semua orang untuk mengikut kehendak Shazrul Uzwan. Aidil Fitri bersetuju dengan cadangan Hafiz Khilfi, alasannya inilah penglibatan terakhirnya dengan band mereka sebelum dia memulakan kelas masternya. Iskandar Rushdan hanya mengikut kehendak mereka kerana dia tidak mahu bertengkar lagi. Hanya Aariz Mikail sahaja yang tidak mahu berganjak dengan keputusannya sehinggalah dia dipujuk oleh Adra Delisa.
“ Mika…please…” Adra Delisa memujuk manja. Aariz Mikail memandang Adra Delisa separa mengeluh.
“ Lagu ni payah nak menang. Kalau takat persembahan boleh la!” Aariz Mikail seakan cuba untuk melepaskan kegeramannya yang tidak berkesudahan itu.
“ Alah, boleh punya. Lagu ni kan famous. Suara Shaz nyanyi lagu ni sedap, apa?” Adra Delisa cuba memberi kata positif agar Aariz Mikail mengikut kehendak kekasihnya.
“ Bukan masalah tak sedap. Lagu ni tak ada weight la!” Bantah Aariz Mikail lagi. Melihatkan Aariz Mikail masih berdegil dengan keputusannya, Adra Delisa terpaksa mengubah strategi.
“ Mika, tak apalah kalau kalah dengan lagu ni pun. Sebab bila dah kalah, barulah diorang nak sedar yang pendapat Mika tu betul.” Adra Delisa cuba lagi mencucuk bekas kekasihnya.
“ Tapi tak mau la kalah.” Aariz Mikail masih tidak lagi berganjak dengan pendiriannya. Namun kata – kata Adra Delisa itu mula merasuk fikirannya. Mungkin mereka perlu diajar melalui kekalahan memandangkan siapa pun tidak menyokongnya kini.
“ Sekali ni je. Lepas ni mesti diorang berubah fikiran dan dengar cakap Mika.” Adra Delisa berucap dengan yakin.
“ Lagi pun ada dua minggu lagi, kot – kot la Shazrul hilang suara macam hari tu, Mika boleh la ganti. Fronting dengan lagu yang Mika nak tu lagi.” Tambah Adra Delisa dengan kemas. Dia tahu kata – kata terakhirnya itu adalah jarum yang paling dalam untuk dia mengubah fikiran lelaki itu. Dia kenal Aariz Mikail. Senang dipujuk jika tahu cara yang betul.
 Bukan sehari dua dia mengenali lelaki ini. Sudah bertahun – tahun. Mungkin kerana itulah lama-kelamaan dia hilang perasaan pada Aariz Mikail. Baginya Aariz Mikail terlalu baik dan sangat menjaga hatinya. Senang diduga dan mudah menyerah kalah pada Adra Delisa. Kerana itu Adra Delisa berasa bosan. Dia mahukan lelaki yang mahukan cabaran. Dia mahukan dirinya direbut dan ditawan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Shazrul Uzwan selama dia bersama Aariz Mikail. Bersungguh – sungguh menunjukkan kesabarannya dalam menawan hati Adra Delisa biarpun Adra Delisa ketika itu adalah kekasih Aariz Mikail, rakan sekuliahnya. Dalam diam dia membalas perasaan Shazrul Uzwan.
“ Jadi setuju la kan? 3 Doors Down, right?” Soal Adra Delisa memeriksa samada pujukannya tadi berjaya. Aariz Mikail menarik nafas panjang. Dia mengangguk perlahan dan Adra Delisa bersorak gembira di tepinya dengan selamba. Kemudian dia terus mencari telefon bimbitnya untuk menghubungi Shazrul Uzwan. Aariz Mikail hanya mendiamkan diri. Sejurus dia terdengar perbualan Adra Delisa bermula, dia mula membuka langkah pergi. Dia sedar yang dirinya bukanlah sesiapa. Hanya orang yang biasa – biasa saja.
Hey, you guys can still rock on in other competitions, right?” Soalan Trish Amani menyedarkan Aariz Mikail dari lamunannya. Dia memandang gadis itu sambil tersenyum. Gadis itu sangat baik hati. Tidak hairanlah kenapa dia asyik teringatkan gadis itu sejak pertembungan mereka sebulan yang lalu. Peristiwa ais krim vanilla itu sangat indah buatnya apatah lagi diikuti dengan kemenangan mereka dalam mendapat tempat kedua.
“ Sebenarnya tak. Band ni nak pecah sebab masing – masing dah mula nak buat haluan sendiri.” Luah Aariz Mikail perlahan.
“ Oh..” Jawab Trish Amani perlahan. Dia kurang pasti apa pula pujukan yang baik harus dia berikan di waktu ini.
“ Itu yang kami berharap dapat tempat dalam pertandingan ni sebab inilah kenangan terakhir untuk band. Tapi tu la… tak sangka nak masuk peringkat akhir pun tak lepas.” Aariz Mikail mengusap rambutnya ke belakang. Trish Amani pula masih terkebil – kebil di sisinya.
Thanks for being here for me.” Sambung Aariz Mikail perlahan. Trish Amani tersenyum dengan kata – kata Aariz Mikail yang kedengaran sudah mulai tenang itu.
“ Aku nak balik dah ni.” Tegur satu suara tiba – tiba. Iskandar Rushdan, pemain gitar utama band Aariz Mikail menegur.
“ Okay.” Jawab Aariz Mikail lalu bersalaman dan berpelukan dengannya.
“ Sorry la kita kalah.” Ucap Iskandar Rushdan perlahan.
“ Tak apa lah. Tak ada rezeki.” Balas Aariz Mikail.
“ Aku pun nak gerak dah ni.” Tegur satu lagi suara. Aidil Fitri datang ke arah mereka dengan membawa guitar casenya sekali.
“ Aku dari tadi nak gerak. Dok buang masa kat sini lama – lama buat apa? Bukannya masuk final pun!” Shazrul Uzwan terus datang menegur dengan kasar.
“ Relaks la. Nak buat macamana tak dak rezeki nak menang.” Balas Hafiz Khilfi pula.
“ Bukan salah aku kita kalah. Aku nyanyi tadi okay.” Shazrul Uzwan masih lagi tidak puas hati.
“ Tak dak sorang pun bersalah. Memang tak ada rezeki nak menang.” Balas Hafiz Khilfi lagi.
“ Mesti ada siapa – siapa main tak kena. Sebab tu kita kalah,” Rungutan Shazrul Uzwan semakin menekan keadaan. Ketika ini semua ahli band mengelilingi Shazrul Uzwan dan memandangnya dengan serius. Trish Amani yang berada di samping Aariz Mikail turut sama menjadi hairan dengan sikap Shazrul Uzwan itu.
“ Tak ada siapa pun main tak elok. Semua okay ja. Yang tak okay hakim sebab diorang tak pilih kita.” Aariz Mikail akhirnya membuka mulut.
“ Dah la tu. Tak ada rezeki.” Balas Aidil Fitri pula.
“ Kita terima ajelah. Macam la sebelum ni kita tak biasa kalah.” Aariz Mikail turut menyokong Aidil Fitri.
“ Hang boleh la kata lagu tu. Hang hebat! Bulan lepas dapat nombor dua walaupun first time jadi penyanyi.” Kedengaran suara Shazrul Uzwan berbaur kecemburuan.
“ Hang ni pasai pa?” Suara Aariz Mikail sudah mulai berubah. Tersirap dia mendengar tuduhan yang dilemparkan padanya. Dia tidak menyangka Shazrul Uzwan langsung tidak boleh menerima kekalahan mereka. Padahal biasa saja keadaan ini berlaku kepada mereka sebelum ini. Seolah – olah ada perkara lain lagi yang berlaku hingga menaikkan darah Shazrul Uzwan.
“ Eh… janganlah gaduh. Tak apalah kita kalah kali ni. Lain kali rezeki kita pulak..” Pujuk Hafiz Khilfi.
“ Rezeki apa pulak? Kata ni last main. Korang jugak yang nak keluar dari band ni kan?” Shazrul Uzwan mulai menyinga. Ketika itu Aariz Mikail mulai menahan bahu Shazrul Uzwan.
“ Hang ni nak apa sebenarnya? Nak cari sebab kenapa kita kalah?” Aariz Mikail mulai turut menyinga.
“ Hang pegang aku ni pasai apa? Nak cari gaduh?” Tuduh Shazrul Uzwan sambil menepis tangan Aariz Mikail. Ketika itu juga Aariz Mikail mulai mengepalkan tangan menahan marah. Segera Hafiz Khilfi menarik Aariz Mikail ke tepi manakala Iskandar Rushdan dan Aidil Fitri segera memegang Shazrul Uzwan dari mengapa – apakan Aariz Mikail. Trish Amani yang tadi berada di sisi Aariz Mikail sudah mulai berundur jauh sedikit dari mereka. Dia tahu mereka semua sedang berasa sangat keliru untuk menghadapi keadaan itu.
Ketika itu juga mereka semua ditegur oleh satu suara yang langsung mengubah suasana tegang itu.
“ Hai! Jom kita semua makan!” Adra Delisa dengan selambanya meredah di celah – celah drama yang sedang berlaku.
“ Ih…perempuan ni la…” Dengus Aariz Mikail perlahan. Namun didengari oleh semua mereka di situ.
“ Hang kata apa? Hang kata apa? Hang nak cari pasai sungguh dengan aku, kan?” Shazrul Uzwan terus meronta dari cengkaman tangan kawan – kawannya itu. Biarpun tidak berjaya namun dia tetap berusaha untuk melepaskan dirinya agar dapat dia lakukan sesuatu kepada Aariz Mikail. Aariz Mikail pula memandang Shazrul Uzwan dengan penuh kemarahan. Sambil itu dia dipujuk oleh Hafiz Khilfi agar bertenang.
“ Alah, gaduh apa pulak ni? Sudahlah Mika… jangan la gaduh lagi.” Pujuk Adra Delisa yang baru menyedari apa yang berlaku. Dia kemudiannya menarik lengan Shazrul Uzwan dengan lembut dan memujuknya untuk tidak mengamuk lagi. Dengan perlahan Iskandar Rushdan dan Aidil Fitri melepaskan Shazrul Uzwan.
“ Dah la tu sayang. Jangan la marah lagi. Sayang nyanyi sedap sangat tapi nak buat macamana hakim tu bodoh.” Pujuk Adra Delisa sambil berura menarik tangan Shazrul Uzwan untuk pergi dari situ. Mendengarkan pujukan Adra Delisa itu, Shazrul Uzwan langsung menjadi sejuk. Dia menarik nafas dalam – dalam tanpa memandang sesiapa pun di situ. ketika itu Adra Delisa terlihatkan Trish Amani yang berada tidak jauh di belakang Aariz Mikail.
“ Itu awek siapa?” Soal Adra Delisa penuh curiga. Semua orang memandang ke arah jari yang ditunjukkan oleh Adra Delisa. Masing – masing terkejut dengan soalan Adra Delisa yang tiba – tiba bertukar nada. Trish Amani yang terperanjat dengan soalan Adra Delisa itu langsung menjadi mati kutu. Kenapa pula berubah tumpuan jadinya sekarang ini?
“ Saya… Trish Amani. Kawan Mika.” Trish Amani memperkenalkan dirinya Adra Delisa dengan sopan.
“ Kawan Mika? Apa kau mengarut ni?” Adra Delisa seperti berasa terancam dengan kewujudan Trish Amani di situ. Dia sudah terbiasa menjadi satu – satunya perempuan di dalam hidup Mika dan hari ini dia dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang langsung tidak dia kenali.
Aariz Mikail yang tadi pening dengan Shazrul Uzwan hanya mampu mengangkat kening melihat sikap Adra Delisa terhadap Trish Amani. Dia kurang pasti apakah yang sebenarnya sedang berlaku memandangkan rasa marahnya pada Shazrul Uzwan masih belum surut. Dia sedang cuba memujuk hatinya yang masih meradang jadi fikirannya lambat mentafsir situasi baru yang berlaku.
“ Mengarut? Apa maksudnya?” Trish Amani tersentak dengan respon Adra Delisa. Dia langsung tidak berniat untuk menyakiti sesiapa. Apatah lagi pada Adra Delisa yang langsung tidak dia kenali.
“ Kawan Mika? Aku tak kenal kau pun.” Adra Delisa menjawab dengan tegas. Jelas Adra Delisa tidak langsung mampu menyembunyikan perasaannya.
“ Aaa… saya… saya…” Tergagap – gagap Trish Amani memikirkan jawapan.
“ Macam ni la perempuan, kau nampakkan diorang tengah ada masalah? Jadi apa kata kau angkat kaki dan berambus?” Terkejut semua yang ada di situ mendengarkan kata – kata  Adra Delisa. Tak pernah mereka melihat Adra Delisa bersikap sedemikian.
“ Adra. Apa ni?” Tegur Aariz Mikail tiba – tiba.
“ Mika, jangan tambah masalah dengan perempuan, okay?” Adra Delisa yang terkejut dengan teguran Aariz Mikail itu terus menukar nada suaranya menjadi lembut seperti biasa.
Apologise.” Aariz Mikail kedengaran agak keras memberi arahan kepada Adra Delisa biarpun hanya dengan satu perkataan. Bulat mata Adra Delisa mendengarkan arahan itu.
“ Ha? Kenapa kena minta maaf pada minah groupie ni?” Adra Delisa meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada Mika. Terkejut Trish Amani mendengarkan perkataan yang digelar padanya.
“ Excuse me, you think  I am a groupie?” Trish Amani yang semakin panas menahan ledakan hatinya dan memandang Aariz Mikail dengan wajah yang sungguh tidak puas hati. Groupie? Bagi Trish Amani perkataan itu dilabelkan kepadanya adalah sungguh tidak adil.
“ Apasal? Kau ada masalah?” Marah Adra Delisa.
“ Adra! Apologise.” Aariz Mikail masih lagi berkeras seperti tadi.
“ Langsung tak. Mika, thanks for everything. Saya balik dulu.” Jawab Trish Amani terus berlalu meninggalkan mereka semua. Hatinya sangat baran kerana tiba – tiba saja dia diserang begitu. Masalah untuk Trish Amani, dia langsung tidak pandai bergaduh mulut seperti Adra Delisa. Yang dia mampu hanyalah mengikut kehendak perempuan yang menyerangnya – angkat kaki dan berambus.
Melihatkan Trish Amani berlalu begitu, Aariz Mikail langsung menjadi panik. Dia yang tadi berserabut dengan Shazrul Uzwan langsung ditambah pula dengan kecemburuan Adra Delisa pada gadis yang baru saja menjadi kawan barunya itu.
Happy?” Marah Aariz Mikail pada Adra Delisa sebelum dia mula membuka langkah dan mengejar Trish Amani. Dia pernah terlepas gadis itu dulu. Dan kali ini dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang kembali.
“ Mika! Mika!” Adra Delisa menjerit memanggil Aariz Mikail dengan lantang namun langsung tidak dipedulikan Aariz Mikail. Aariz Mikail terus cuba mendapatkan Trish Amani yang sudah bergerak bersama kawan – kawannya, MilraTania dan Suzanna dan mula meninggalkan kawasan itu.
“ Trish! Trish!” Panggil Aariz Mikail ketika dia semakin mendekati Trish Amani. Trish Amani pula yang baru menyedari Aariz Mikail mengejarnya tadi terus mempercepatkan langkahnya.
“ Trish! Please! Tunggu kejap.” Akhirnya Aariz Mikail berjaya menghentikan langkah Trish Amani. Gadis itu menarik nafas panjang sambil memandang ke arah lain. Bahang petang di UUM itu menambahkan lagi kemarahan di hatinya. Aariz Mikail pula menarik nafas lega. Hampir saja dia kehilangan gadis itu lagi.
“ Saya minta maaf.” Ucapnya Aariz Mikail sambil meneliti wajah Trish Amani dengan sepenuh hatinya. Betapa dia mahukan reaksi positif dari gadis itu. Dia tidak sanggup wajah yang sentiasa hadir di dalam fikirannya itu berduka.
“ Kenapa nak minta maaf? Bukan salah Mika.” Balas Trish Amani dengan keras. Ternyata hatinya masih sakit dengan tindakan Adra Delisa itu.
“ Saya minta maaf atas semua perkara yang terjadi tadi. Trish tak sepatutnya dilayan macam tu.” Ucap Aariz Mikail perlahan. MilraTania dan Suzanna memandang Aariz Mikail dengan perasaan kasihan. Sambil menyiku Trish Amani, MilraTania memberi signal agar Trish Amani mengasihani Aariz Mikail.
Tetapi Trish Amani menggeleng. Dia seolah – olah serik untuk mendekati apa yang terjadi padanya tadi. Aariz Mikail memandang reaksi Trish Amani itu dengan perasaan yang sangat susah hati. Dia tahu dia akan kehilangan gadis itu sekali lagi sekiranya dia tidak berbuat sesuatu.
“ Tak apa, Mika. Macam saya cakap tadi, awak tak salah.” Balas Trish Amani perlahan.
“ Tapi…” Protes Aariz Mikail namun dipotong oleh Trish Amani dengan laju.
“ Tapi sebab maaf yang awak nak, jadi okay. Saya maafkan.” Entah kenapa jawapan Trish Amani itu menusuk hati Aariz Mikail. Gadis itu menjawab dengan baik dan langsung tidak kedengaran sarkastik. Tapi dia tahu gadis itu sangat berkecil hati.
“ Trish, saya…” Aariz Mikail bagaikan tak punya ayat untuk memujuk gadis itu. Tapi dia tidak sanggup melepaskan gadis itu pergi.
“ Tak apa, Mika. Lupakan saja apa yang berlaku. Saya dah maafkan awak.” Trish Amani terus memberi signal kepada MilraTania dan Suzanna agar mereka beredar sekarang. Melihatkan signal itu, lengan Aariz Mikail terus berpaut pada beg yang tersandang di sisi Trish Amani.
Do you have to leave?” Aariz Mikail menahan Trish Amani dengan memegang beg sandang berwarna biru itu. Terpaksa Trish Amani berhenti melangkah.
Sorry, I have to go now.” Mendengarkan jawapan Trish Amani, Aariz Mikail melepaskan tangannya dari beg yang dipegangnya itu. Dia tahu dia tidak punya kuasa lagi untuk menahan gadis itu dari pergi. Hatinya rawan dan kepalanya berserabut. Tapi dia tidak punya penyelesaian buat masa ini kecuali melepaskan gadis itu pergi. Dengan hati yang sangat berat dia melihat gadis itu membuka langkah meninggalkannya di perkarangan tempat letak kereta itu sendirian.
MilraTania dan Suzanna memandang Aariz Mikail dengan wajah yang bersalah. Namun tiada apa yang boleh mereka lakukan. Sempat MilraTania melambai pada Aariz Mikail sebelum mereka menjauh dan disambut laju lambaian itu oleh Aariz Mikail. Namun Trish Amani langsung tidak menoleh padanya.
Aariz Mikail memejamkan mata menahan pedih di hati. Dalam hati dia tidak putus - putus berdoa agar gadis itu tidak  berputus asa ke atas dirinya. Dia kurang pasti patutkah dia berlari menahan gadis itu sekali lagi. Kepala Aariz Mikail sangat berserabut di waktu ini. Keadaannya ketika itu tak ubah seperti dalam drama televisyen. Terngiang – ngiang di telinga Aariz Mikail lagu Tears don’t fall yang dia pernah berlatih bersama kumpulannya dulu.
The moments die, I hear no screaming
The visions left inside me are slowly fading
Would she hear me if I called her name?
Would she hold me if she knew my shame?
Aariz Mikail masih berada di situ melihatkan Trish Amani berlalu pergi. Matanya mengekori mereka sehingga imej mereka kelihatan kecil di pandangan matanya. Setelah kelibat mereka hilang dari pandangan, Aariz Mikail membuka langkah berat untuk mendapatkan rakan – rakannya yang ditinggalkannya tadi. Dia menarik nafas lambat – lambat. Dia perlu mengadap perpisahan bandnya pula. Dan perkara itu sangat payah untuk ditelan. Berpisah dengan kekalahan. Dia tahu untuk menghadap mereka semua kembali bukanlah semudah yang disangka. Apatah lagi setelah dia dan Shazrul Uzwan hampir – hampir bertumbuk di situ. Bertumbuk di khalayak ramai. Hampir saja itu berlaku. Nasib baik ditahan oleh rakan – rakannya yang lain.
There’s always something different going on
The path I walk’s in the wrong direction
There’s always someone xxxx hanging on
Can anybody help me make it better
Setibanya dia di kawasan pertandingan itu tadi Aariz Mikail menganga. Tiada seorang pun dari ahli kumpulannya kelihatan. Berpusing – pusing Aariz Mikail mencari kelibat mereka tetapi tiada siapa pun di situ. Hampir saja dia mahu menjerit. Pit! Kanda! Aidil! Shazrul! Takkan mereka semua pergi begitu sahaja? Kenapa mereka semua harus pergi begitu?
Kali ini Aariz Mikail benar – benar meradang. Dengan marah dia mula membuka langkah pergi menuju ke keretanya. Nasib baik dia sudah menyimpan gitar bassnya awal – awal lagi. Kalau tak, mau gitarnya ditinggalkan begitu saja oleh rakan – rakannya itu.
“ Takkan Pit pun blah jugak? Bukan dia datang dengan aku ka?” Aariz Mikail berbicara sendirian. Dalam kepalanya bermain segala perkara. Dia berasa sangat mengamuk kerana perpisahan itu berakhir tanpa kata. Atau yang sebenarnya berakhir tanpa dia di situ. Sampai hati mereka!
This battered room I’ve seen before
The broken bones they heal no more, no more
With my last breath I’m choking
Will this ever end? I’m hoping
My world is over one more time
Setibanya Aariz Mikail di keretanya, dia terus menuju ke bahagian pintu kereta tanpa menyedari Hafiz Khilfi yang bertinggung di tepi keretanya sedang menghisap rokok.
“ Mika! Oi!” Tegur Hafiz Khilfi menyedari yang tindakan Aariz Mikail yang tergesa – gesa masuk ke dalam kereta tanpa menegurnya. Pasti Aariz Mikail tidak menyedari kewujudannya di situ.
Terkejut Aariz Mikail mendengarkan teguran Hafiz Khilfi itu. Langsung lengannya terlanggar pada bahagian kereta ketika dia tergesa – gesa mahu keluar dari kereta.
“ Adoi!” Kata Aariz Mikail sambil menggosokkan lengannya yang berasa sengal itu. Hafiz Khilfi hanya mentertawakannya sambil mematikan rokok di kaki lima jalan.
“ Hang okay?” Soal Hafiz Khilfi.
“ Dak.” Jawab Aariz Mikail pendek.
“ Jom balik.” Ajak Hafiz Khilfi dengan selamba.
“ Okay.” Aariz Mikail terus saja bersetuju dengan cadangan Hafiz Khilfi. Setelah mereka keluar dari kawasan UUM, barulah Hafiz Khifli membuka cerita. Sedih Aariz Mikail mendengarnya namun ditelannya satu – satu dalam diam. Shazrul Uzwan adalah orang pertama yang meninggalkan UUM. Alasannya esok dia kerja. Kemudian Aidil Fitri juga beredar dengan alasan hendak membuat persiapan untuk sambung belajar. Iskandar Rushdan juga beredar kerana dia mahu bekerja esok.  Siapa pun tidak mahu mengucapkan selamat tinggal dengan baik. Siapa pun tidak mahu menunggu Aariz Mikail.           
Your tears don’t fall, they crash around me
Her conscience calls, guilty to come home
“ Kalau hang tak mai dengan aku, hang pun blah jugak kan?” Soal Aariz Mikail bersahaja. Tetapi dalam hati, pedihnya Tuhan saja yang tahu.
“ Dak aih. Aku memang tunggu hang.” Jawab Hafiz Khilfi dengan jujur. Aariz Mikail memandang Hafiz Khilfi sekilas sebelum memandang ke jalan raya semula. Trafik bergerak agak perlahan. Mereka sudah mula masuk ke pekan Changlun.
Thanks bro.” Ucap Aariz Mikail perlahan.
“ Aku tak kisah diorang nak blah. Dah tau lama pun. Tapi aku nak main muzik lagi.” Luah Hafiz Khilfi. Aariz Mikail tersenyum mendengarkan kata – kata Hafiz Khilfi.
“ Jom kita buat band baru.” Cadang Aariz Mikail.
“ Memang tu yang aku fikir pun.” Sambut Hafiz Khilfi dengan riang.
“ Main metal?” Soal Aariz Mikail.
“ Yang tu aku tak terfikir la pulak.” Balas Hafiz Khilfi pula. Mereka kemudiannya tidak henti – henti berbincang mengenai band baru yang diidamkan itu. Dari isu mencari ahli band baru hinggalah ke lagu – lagu yang mereka mimpikan untuk cover.
“ Eh jap. Tadi aku call hang, tapi hang tak jawab.” Tegur Hafiz Khilfi tiba – tiba. Aariz Mikail tersengih dengan soalan itu.
“ Handphone aku ada pada ais krim vanilla.” Aariz Mikail masih menggelarkan Trish Amani dengan gelaran yang dipanggilnya selama sebulan jika dia menyebut tentang gadis itu pada rakan – rakannya.
“ Kau bagi kat dia?” Soal Hafiz Khilfi kehairanan.
“ Dia tak tau pun aku selit handphone aku dalam beg dia tadi.” Jawab Aariz Mikail masih lagi tersengih seperti tadi. Hafiz Khilfi tergelak dengan tindakan Aariz Mikail itu. Dia tahu gadis itu perlu menemui Aariz Mikail untuk memulangkan telefon bimbit yang ditemui itu.
 “ Kalau dia buang handphone hang, baru hang tau!” Tegur Hafiz Khilfi. Wajah Aariz Mikail langsung menjadi masam. Hafiz Khilfi tergelak – gelak riang.





1 comments:

  1. hehehe..I like..ok aksi kejar mengejar dh start..I hope I don't need to wait for the nxt chapter for long. Keep up the good work ;)

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About